Cara-cara pemakaian:

  1. Pakai anak tudung tutup leher. Kemudian, ambil selendang dan letakkan di atas kepala. Pastikan kedua belah selendang sama panjang. Seterusnya, bawa selendang kanan ke belakang leher.
  2. Dari belakang leher, tarik selendang tadi ke bahu kiri.
  3. Berikutnya, bawa selendang tersebut ke sisi pipi kanan dan pinkan dengan kemas.
  4. Untuk lebih kemas, boleh juga pinkan selendang pada pipi kiri.
  5. Untuk tidak membiarkan selendang sebelah kiri ‘kosong’, boleh letakkan reben comel sebagai aksesori tambahan.