Pasti ramai peminat pavlova, bukan? Takkan asyik nak beli di kedai saja. Cubalah buat sendiri. Dara.com ada resepi pavlova yang sungguh lazat buat kamu.

 

Bahan-bahan:

 

3 biji Telur putih saiz A

1 cawan Gula kastor

1 sudu besar Esen vanila

1 sudu besar Cuka epal

1 sudu besar Tepung jagung

 

Cara-cara membuatnya:

1-     Pertama sekali, pukul telur putih bersama gula sehingga kental.

2-     Masukkan esen vanila dan pukul lagi selama seminit.

3-     Kemudian, masukkan cuka dan tepung jagung pula.

4-     Teruskan memukul sehingga 2 1 minit.

5-     Letakkan baking paper di atas loyang pembakar. Panaskan ketuhar 130 Celsius.

6-     Bentukkan adunan tadi di atas baking paper dan bakar selama 1 jam.

 

Bahan-bahan membuat krim vanila:

 

250 gm Krim whipping

1 sudu Esen vanila

Buah strawberi dan kiwi (hiasan)

 

Cara-cara membuat krim vanila:

1-      Pukul krim whipping sehingga kental.

2-      Masukkan esen vanila dan pukul sedikit hingga rata.

3-      Dibiarkan sejuk sebentar di dalam peti sejuk.

4-      Sediakan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi dan kiwi.

5-      Dipotong cantik dan diletakkan pada pavlova. dara