Lebih kurang seminggu lebih lagi kita bakal menyambut Syawal. Ramai yang sudah siap sedia dengan baju raya baru, namun tudung pula yang masih kekurangan. Sepertimana pemilihan baju, memilih tudung juga ada tip-tipnya. Pilihan yang tepat perlu dilakukan, supaya tudung bukan sahaja menarik dan sepadan, malah membantu kita berjimat, itu yang lebih utama.

 

TIP MEMILIH TUDUNG RAYA

1.       Paling penting adalah untuk memilih fabrik yang bersesuaian dan mudah menyerap peluh seperti kain kapas.

2.       Sebolehnya elakkan dari memakai tudung dan baju bercorak warna yang sama. Bukan tak boleh, tapi sekali sekala mengenakan fesyen color-block apa salahnya. Pasti anda akan tampil lebih ceria dari yang lain.

3.       Elakkan pemakaian tudung bewarna gelap dan kusam kerana ia membuatkan imej remaja anda tampak lebih berusia.

4.       Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang bewarna garang dan polos.

5.       Bagi si dara yang berwajah bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkanwajah anda kelihatan penuh dan agak tidak kemas.

6.       Untuk mendapatkan penampilan yag lembut tetapi ceria dan berani, pilihlah tudung polos atau kosong dengan warna neon yang semakin popular kini.

7.       Bagi si dara yang berkulit putih, anda diyorkan memakai tudung bewarna terang seperti warna-warna neon kerana ia sesuai dengan imej remaja anda.

8.       Anda yang berkulit kuning langsat pula, pemakaian tudung bewarna biru, soft pink dan purple akan menyerlahkan lagi keserian wajah.

9.       Tidak lupa buat si dara yang berkulit sawo matang, jangan berasa takut untuk menggayakan warna-warna terang seperti hijau dan kuning. Warna terang akan membantu anda untuk kelihatan lebih cerah dan terang. Cuba elakkan dari memakai warna gelap dan pudar kerana wajah anda akan tampak kusam.

10.   Jangan lupa untuk memilih aksesori tudung seperti kerongsang dan pin yang sesuai. Bagi tudung yang polos, anda disarankan untuk memakai kerongsang sebagai perhiasan tambahan.