Tampil dengan gaya dan warna terang sememangnya menjadi pilihan Dara dan menjadi trend masa kini. Soalnya berani atau tidak? Tidak dapat dinafikan fesyen ini sudah semakin diterima di kalangan masyarakat kita. Namun, seterang manakah warna yang boleh diterima itu?

 

Sebenarnya bagi yang berani, pilihlah warna seterang mana yang menepati personaliti, gaya dan warna kulitmu. Warna terlalu terang mungkin kurang sesuai untuk mereka yang berkulit gelap. Boleh digayakan, namun mungkin tidak sepenuhnya. Warna terang itu perlulah di 'tone down' dengan warna yang lebih lembut agar tidak kelihatan terlalu agresif dan janggal. Bagi yang berkulit cerah, gabungan warna-warna terang boleh dipelbagaikan.

 

Gabungan 

Mengambil beberapa ciri ini, apa kata hujung minggu ini kenakan fesyen busana dan tudung berwarna terang seperti hijau muda dan juga oren. Gabungan dua warna terang ini mampu membuatkan si pemakai tampak lebih muda dan berkeyakinan dalam berfesyen. Sesuai dengan imej si dara, anda juga akan kelihatan lebih ceria dengan warna-warna terang.

 

Hari ini banyak baju dan aksesori yang didatangkan dalam warna hijau dan oren. Padankan pakaian dan tas tangan, juga aksesori lain yang bersesuaian. Kadangkala warna yang lembut pada pakaian juga boleh ditonjolkan dengan hanya satu atau dua lagi aksesori dengan warna terang. Pasti tampilkan kelainan. Jom berceria di hujung minggu wahai semua Daralians. -drc