Dalam menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan yang amat penting. Ia kerana warna tersebut akan memberi kesan kepada penampilan kamu di mata orang lain. Mari kita baca tip pemilihan warna yang sesuai buat kamu!

 

Merah

 

Rona yang ideal untuk si kulit cerah. Namun, ia tidak sesuai dipakai ketika kita dalam keadaan penat atau murung kerana warna tersebut akan menyerlahkan diri kita seakan-akan seorang yang garang.

Warna ini lebih sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah.

 

Merah Jambu

Rona feiminin.  Ia sesuai bagi menyerlahkan sebuah perhubungan sosial yang santai dan kurang sesuai bagi jalinan hubungan profesional.

 

Kuning

Rona warna yang menyerlahkan imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal kerana ia menggambarkan sifat bersahaja. Peminat warna ini dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani mencuba.

 

Biru

Rona inibagi setiap peringkat usia. Warna biru lembut atau biru laut adalah warna yang cukup menarik pada mata yang memandang. Oleh itu, ia sesuai dikenakan dalam apa sahaja tempat dan keadaan. Ia juga sesuai bagi semua jenis warna  kulit.

 

Kelabu

Rona kelabu adalah yang paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan mesej yang terlalu kontras. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Sebaliknya, apabila individu mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan corak dan rekaan yang malap,  maka ia memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.

 

Oren

Oren adalah rona keceriaan. Warna oren sesuai bagi setiap jenis warna kulit. Ia menggambarkan  si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Warna ini sesuai dikenakan pada pakaian sosial. Warna ini tidak sesuai  bagi pakaian yang bersifat profesional. Elakkan mengenakan pakaian berwarna ini daripada kepala hingga ke kaki.

 

Hijau

Rona ketenangan dan sejuk mata memandang.  Warna hijau yang lembut seperti hijau pucuk pisang sesuai dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit. Bagi wanita,  warna hijau sesuai bagi apa sahaja jenis pakaian. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra.

 

Ungu

Rona ungu adalah warna pilihan. Warna ini sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi wanita tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu. 

 

Coklat

Warna coklat sama ada coklat muda ataupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna coklat apabila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.

 

Hitam

Rona hitam adalah sesuai bagi pakaian formal dalam dunia perniagaan dan profesional. Ia menggambarkan kekuasaan, kebijaksanaan dan keseriusan individu yang memakainya dalam apa sahaja yang dilakukannya.

 

Putih & Krim

Pakaian berwarna putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Contohnya, kemeja-T dan blaus yang berwarna putih sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. dara